Skip to main content

PERINGATAN SIAPA YANG SUKA MAKAN HOTDOG

Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat?



HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi.

Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak.

Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG.

Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya,

"Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG"

Lebih serius, beliau mengulas

" Apabila HOT DOG telah menyedal saluran pernafasan, percayalah, agak mustahil untuk mengeluarkannya"

-Dr Gary Smith, Pengarah  Center for Injury Research and Policy at Nationwide Children's , Ohio.

--------------------------------------------------


HOT DOG dan KANSER USUS

Kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi sememangnya di ketahui umum menyebabkan maslaah obesiti, kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Lebih menarik lagi, kanduangan NITRITE di dalam HOT DOG dan kebanyakan makanan proses lain di ketahui menyebabkan kanser usus. Dari 2008- 2013, terdapat 4501 kes kanser usus di Malaysia terutamanya dikalangan kaum cina dan ia merupakan antara pembunuh utama di Malaysia.

NITRITES merupakan garam tambahan yang di gunakan sebagai bahan pengawet di dalam HOTDOG. Apabila ia di cernakan di dalam sistem penghadaman, bakteria akan menukarkannya kepada N-Nitroso yang merupakan bahan kompaun menyebab kanser.

Menurut WHO's International Agency for Research on Cancer setiap 50g daging proses yang di makan, meningkatkan risiko kanses usus sebanyak 18%.

----------------------------------------------------------

Bukan Makan Hari Hari- Apa salahnya?

Mungkin ada yang melihat isu ini secara sinis

"ala, bukan makan hari hari"

fikirkan semula. "Makanan Proses" dalam konteks ini termasuklah segala makanan di dalam tin seperti ikan sardin, tuna, makanan sejuk beku, makanan yang di keringkan dan di awetkan seperti ikan masin, ikan kering, buah buahan dan sayur sayuran jeruk dan segala makanan yang di proses sebelum di hidangkan ke pinggan anda.
--------------------------------------------------------

SUSU, BUAH BUAHAN "PENAWAR" KESAN HOT DOG

Kajian makmal awal saintis membuktikan pengambilan makanan yang mengandungi kalsium dapat mengurangkan kesan bahan berkanser di dalam HOT DOG.

Dalam kajian beliau, tikus yang di berikan kalsium tidak menunjukkan peningkatan paras Tumor Marker berbanding tikus yang di beri HOT DOG. Oleh itu pengambilan makanan yang mengandungi Kalsium seperti susu dan yogourt mungkin boleh menjadi "penawar" kepada bahan kanser yang di makan dari HOT DOG.

Selain itu, pengambilan makanan yang tinggi bahan anti oksida dan vitamin C seperti buah buahan dan sayuran juga dapat membantu mengurangkan "kesan buruk" dari pengambilan HOT DOG.

---------------------------------------------------


Kesimpulannya,

HOT DOG atau Sosej,

Halal atau Haram,

✅  Apa yang masyarakat perlu tahu adalah kesan buruk dan bahayanya.
✅  Jika anda begitu "bersungguh" untuk memberi HOT DOG kepada anak anak, potong "penyendal saluran pernafasan" tersebut dengan kecil.
✅ Pastikan hidangan di seimbangkan dengan buah buahan, sayur sayuran serta produk tenusu.
✅  BERSEDERHANA. jangan makan terlalu kerap.

Public Health Malaysia

Rujukan
1. Abu Hassan MR.Ismail I, Mohd Suan MA, Ahmad F, Wan Khazim WK, Othman Z, Mat Said R, Tan WL, Mohammed SR, Soelar SA, Nik Mustapha NR.Incidence and mortality rates of colorectal cancer in Malaysia.Epidemiol Health. 2016 Mar 9;38:e2016007
2. A Dangerously Tasty Treat: The Hot Dog is a Choking Hazard- http://www.hopkinsmedicine.org/health/articles-and-answers/healthy-children/a-dangerously-tasty-treat-the-hot-dog-is-a-choking-hazard
3. http://usatoday30.usatoday.com/news/health/2010-02-22-1Achoke22_ST_N.htm
3.http://content.time.com/time/specials/packages/article/0,28804,1967235_1967238_1967229,00.html
4. Should I Eat Hot Dogs? http://time.com/3983197/hot-dog-nitrates/
5.Santarelli RL, Naud N, Taché S, et al. Calcium Inhibits Promotion by Hot Dog of 1,2-Dimethylhydrazine-Induced Mucin-Depleted Foci in Rat Colon. International journal of cancer Journal international du cancer. 2013;133(11):2533-2541. doi:10.1002/ijc.28286.
6. Catsburg, C. E., Gago-Dominguez, M., Yuan, J.-M., Castelao, J. E., Cortessis, V. K., Pike, M. C. and Stern, M. C. (2014), Dietary sources of N-nitroso compounds and bladder cancer risk: Findings from the Los Angeles bladder cancer study. Int. J. Cancer, 134: 125–135. doi:10.1002/ijc.28331
7. http://www.who.int/features/qa/cancer-red-meat/en/

Sumber Public Health Malaysia

Comments

Popular posts from this blog

NAK HILANG KAN JERAWAT?..JOM CUBA

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT . . Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat. . Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif. . 1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air. . Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita. . 2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA) Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya len...

SENI PASIR YANG MENARIK

Berukuran selebar sehingga 152 meter, karya seni luar biasa ini mengubah pantai yang lengang menjadi kanvas kosong. Ciptaan menakjubkan ini adalah cetusan idea artis Julian Richardson, 42, yang mempunyai hanya beberapa jam untuk menyiapkan satu rekaan sebelum ia dihapuskan air pasang. Dengan menggunakan pencakar, Richardson dengan teliti ‘menyapu’ pasir itu untuk mendedahkan pasir basah yang lebih gelap di bawah. Artis yang berasal dari Wiltshire itu sudah mencipta 45 hasil seni pasir di seluruh barat daya England sejak 2013. Pantai pilihannya ialah Brean Down di Somerset kerana Selat Bristol mempunyai antara perubahan air pasang surut terbesar di dunia, sekali gus memberinya ruang lebih luas untuk menghasilkan karyanya. Tanjung setinggi 91 meter di atas turut menawarkan pemandangan menarik seluruh teluk itu. Richardson berkata: “Kerana keadaan air pasang surut, seni pasir menjadi sangat popular. Setiap hasil seni boleh dinikmati sepenuhnya ap...