Skip to main content

Air Hujan Bertukar Jadi Air Batu Di Batu Pahat Johor


FENOMENA cuaca sejuk melanda negara sejak beberapa hari lalu, memberikan pengalaman baru kepada penduduk Rengit, Batu Pahat Johor yang turut menyaksikan air hujan bertukar menjadi air batu.
Menurut seorang jurujual kereta terpakai, Mohd Sharizan Ambok Ngah, 32, beliau pada asalnya menyangka terdapat longgokan sampah berwarna putih seperti kapas di tiang hadapan rumahnya di Taman Damai Rengit.
“Saya mula-mula fikir, ada sampah di tepi tiang rumah, nampak putih macam kapas yang lembut. Tapi bila dipegang rupa-rupanya air batu,” katanya.
Beliau yang mengakui terkejut mendakwa kejadian itu berlaku sejak dua hari lalu, di mana titisan air hujan yang jatuh di atas permukaan lantai yang sejuk dipercayai mungkin menyebabkan ia bertukar kepada air batu.
“Sampai sekarang ais tu masih ada lagi, tapi dah mula mencair. Mungkin sebab dua hari lalu suhu sejuk sehingga 21°C hari ini suhu dah naik kepada 24°C,” katanya.


Media tempatan sebelum ini melaporkan cuaca sejuk luar biasa melanda kebanyakan daerah di sekitar selatan Semenanjung Malaysia, menyaksikan suhu serendah 21°C di Kuala Pilah Negeri Sembilan.
Kejadian itu dilaporkan berpunca dari hujan lebat yang turun sejak beberapa hari sekaligus menyebabkan suhu persekitaran kawasan turun secara mendadak.
.

Comments

Popular posts from this blog

NAK HILANG KAN JERAWAT?..JOM CUBA

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT . . Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat. . Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif. . 1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air. . Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita. . 2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA) Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya len...

PERINGATAN SIAPA YANG SUKA MAKAN HOTDOG

Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat? HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi. Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak. Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG. Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya, "Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG" Lebih serius, beliau mengulas " Apabila HOT DOG telah menyedal...

PABLO ESCOBAR

Pablo Emilio Escobar Gaviria (1 Disember 1949 - 2 Disember 1993) merupakan Raja Dadah rakyat Colombian dan pengganas dadah, peniaga dadah kokaine, seorang philanthropist dan penjenayah yang amat kaya Pada tahun 1983, dia memiliki kerjaya politik Colombian jangka pendek. Pablo Escobar dilahirkan di pada 1 December 1949 di Bogota, Columbia, bandar yang kaya dengan sumber asli tetapi penuh dengan pergolakan politik. Pada waktu Pablo dilahirkan, Bogota dilanda kemelut yang amat teruk di mana pembunuhan kejam berlaku hampir setiap hari di jalanan. Kemelut pertumpahan darah ini digelar La Violencia.  Jalan jalan dipenuhi oleh penjenayah dan pembunuh yang meninggalkan ‘tandatangan’ sendiri setelah membunuh mangsa dengan kejam. Antaranya ialah menebuk leher mangsa dan menarik lidah mangsa ke bawah menjadikannya seperti tali leher, menyiat luka mangsa dari perut hingga ke kepala, serta memotong dan menyumbat kemaluan mangsa lelaki di dalam mulut. Sewaktu beliau ke...