Skip to main content

Gurun Sahara diliputi salji



SALJI setebal sehingga 40 sentimeter meliputi sebahagian Gurun Sahara di Algeria selepas ribut salji yang dianggap ganjil, Ahad lalu.
Salji turun di bandar Ain Sefra dan kawasan sekitarnya itu adalah yang ketiga berlaku dalam tempoh 37 tahun menyebabkan tanah berpasir merah, hilang diganti dengan salji memutih.
Menurut Daily Mail, salji mula turun pada awal pagi Ahad lalu.
Jurugambar Karim Bouchetata berkata: “Kami terkejut apabila bangun mendapati salji masih turun. Liputan salji itu kekal hampir sepanjang hari sebelum cair sekitar 5 petang.”
Pada 2016, bandar itu yang digelar ‘Pintu Masuk Ke Gurun’ itu diliputi salji tebal pada hujung tahun menyebabkan kelam-kabut dengan penumpang terkandas dalam bas akibat jalan raya menjadi licin dan dipenuhi ais.

Pada Januari 2017, sekali lagi salji turun di bandar itu dan kekal agak lama hinggakan kanak-kanak boleh membina orang salji.
Salji sebelum itu turun di bandar berkenaan pada 18 Februari 1979 selama satu setengah jam.
menurut jurucakap jabatan meteorologi, udara sejuk bertiup ke Afrika Utara berikutan tekanan tinggi di Eropah yang menyebabkan cuaca sejuk pergi lebih jauh ke selatan berbanding kebiasaan.
Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter dari paras laut dan di kelilingi pergunungan Atlas.
Walaupun cuacanya sejuk pada Januari dengan suhu enam hingga 12 darjah Celsius, namun tiada salji.

Comments

Popular posts from this blog

Ini Sebab Otak Albert Einstein Lebih Genius Daripada Orang Biasa

Albert Einstein boleh dikatakan ahli fizik paling hebat pada abad ke-20 dan kepintarannya yang luar biasa telah lama membuatkan orang awam dan juga para saintis terpinga. Beliau merupakan antara manusia yang mempunyai IQ tertinggi dalam sejarah manusia. Antara penemuan paling terkenal yang dilakukan oleh Albert Einstein adalah teori relativiti E=Mc^2. Namun, apakah yang membuatkan beliau begitu genius, berbanding orang lain? Saintis neurologi telah lama mengesyaki bahawa otak Albert Einstein adalah tersangat unik. Ketika masih hidup, ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara ini. Disebabkan itu, beliau mendesak dan membenarkan otaknya untuk digunakan dalam kajian selepas kematiannya. Pada 18 April 1955, 8 jam selepas kematiannya, otak Albert Einstein dikeluarkan dan dipelihara. Ahli patologi, Thomas Harvey membuat sampel dan seksyen terhadap otak tersebut. Ketika itu, Thomas melaporkan bahawa beliau tidak menemui apa-apa yang luar biasa. Variasi otak Albert Einstei

PERINGATAN SIAPA YANG SUKA MAKAN HOTDOG

Bagaimana HOT DOG boleh Membunuh Kanak Kanak Dalam Beberapa Saat? HOT DOG atau sosej merupakan sejenis makanan proses yang di ketahui mempunyai pelbagai risiko masalah kesihatan jika di ambil dengan kadar yang tinggi. Selain masalah kesihatan, Pakar Kanak Kanak menyarankan agar tanda AMARAN di letakkan di plastik pembungkus HOT DOG kerana ia merupakan makanan utama yang menyebabkan menyebabkan kes tercekik di kalangan kanak kanak. Menurut kajian American Academy of Pediatrics, 17% kes tercekik makanan berpunca dari HOT DOG terutamanya bagi kanak kanak yang berusia bawah 3 tahun di mana gigi belum tumbuh sepenuhnya untuk mengunyah HOT DOG. Bagi kanak kanak lebih 3 tahun, kemahiran mengunyah belum di kuasai sepenuhnya menyebabkan risiko tercekik ketika menjamah HOT DOG. Secara sinis beliau berkata ,Jika anda tanya saya, "Apakah penyedal saluran pernafasan kanak kanak yang terbaik- Ya, HOT DOG" Lebih serius, beliau mengulas " Apabila HOT DOG telah menyedal

NAK HILANG KAN JERAWAT?..JOM CUBA

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT . . Jerawat bukan hanya pada anak remaja sahaja. Orang yang sudah berkahwin, malahan sudah ada anak masih lagi mukanya dihinggapi jerawat. . Tentu sekali pipi tidak licin dan tidak menarik. Mari kita lihat apa cara hilangkan jerawat yang efektif. . 1. GUNA KULIT KAYU MANIS DAN BEDAK SEJUK Sediakan dua batang kulit kayu manis dan segenggam bedak sejuk. Tumbuk kulit kayu manis hingga menjadi serbuk halus. Kemudian, campur serbuk kayu manis itu dengan bedak sejuk. Jangan lupa untuk tambah air. . Bila sudah siap, lumurkan pada tempat parut pada wajah. Lakukan sekerap mungkin. Lama-kelamaan parut akan pudar dan hilang. Petua ini juga dikatakan sesuai untuk hilangkan bintik hitam pada muka kita. . 2. GUNA LIDAH BUAYA (ALOE VERA) Kaedah ini lebih semulajadi; tetapi susah sedikit sebab tidak mudah untuk mencari bahannya bagi sesetengah orang. Petuanya ialah dengan menggunakan daun lidah buaya. Ambil daun lidah buaya dan belah daun supaya len